Wednesday, October 28, 2009

Keikhlasan



Izinkan ku meluahkan isi hatiku yang penuh kekesalan. Bukan kerana kesimpulan cinta kita tapi bagi memberi penjelasan yang telah lama kupendam.



Aku sedar batasan diantara kita. Tapi dunia ini semuanya ilusi di mata sahaja. Kebenaran termaktub di dalam jiwa kita berdua. Aku pasti engkau memahami kata-kata ini. Tidak perlu kita berdansa lagi. Sudah cukup masa yang telah kita korban demi kehendak orang lain. Tapi masihkah engkau berdalih dengan perasaan sendiri?



Keseksaan ini mengajar aku untuk terus berikhtiar, berdiri di atas kakiku sendiri. Entahlah kenapa sebelum ini aku takut dengan cabaran ini. Setelah sekian lama, aku boleh katakan kesyukuran aku rasai kerana boleh berdikari sendiri.



Namun kadang-kala, bila aku berseorangan hati kecilku bertanya kenapa engkau sanggup dengan keputusan itu. Biarlah, semua yang terjadi tentu ada hikmatnya. Aku rasa seperti diperdayakan tapi aku faham hati yang terluka tentu mengaburkan memori kisah silam.



Aku mencarikan keikhlasan. Aku tidak berharap engkau mengkotakan janji-janjimu. Sudah cukup sengsara ini, aku lepaskan persengketaan kita dengan hati yang teramat berat. Mungkin dulu aku impikan keikhlasan darimu dan kematangan hati tapi sekarang aku faham aku berpaut tidak bertali.


Kasih, aku mengucapkan selamat tinggal dan walaupun akhirnya aku bukan kebahagianmu, aku terima hakikatnya. Mungkin satu hari nanti engkau akan faham maksudku yang tersirat dalam pandanganku. Semoga engkau menjumpai semua yang engkau cari .

No comments: